blog fz


Sejarah persekolahanku....



1999- PASTI (pongsu seribu)

Saya mula bersekolah di sana  pada usia 6 tahun,tempat asuhan kanak-kanak ini berada berdekatan dengan sebuah masjid...tetapi tak dapat dipastikan masjid apa sebab dah lama tak berkunjung ke sana.....




2000- AL-DARRIS

saya memulakan persekolahan di sekolah ini pada usia 7 tahun,kenangan yang berlaku di sekolah ini banyak yang telah luput ditelan arus masa......sehinggakan kedudukan sekolahnya pun tak dapat saya ingat lagi.....hanya saya tahu sekolah AL-DARRIS sungai jagung itu jaa....saya berharap dapat bertemu semula dengan kawan-kawan saya yang bersekolah disana....



2001-2007 -Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL) 

Gambar sewaktu menamatkan pengajian sekolah rendah di Sekolah Tahfiz AL-Islah (STAIL)
sekolah ini merupakan tempat paling lama saya menuntut ilmu.....banyak kenangan suka duka yang tak dapat saya lupakan semasa berada di sana,sistem pengajiannya amat bagus bagi saya kerana merangkumi aspek pendidikan agama dan akedemik,tambahan pula pelajar yang bersekolah di sana semuanya diwajipkan menghafal Al-quran mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah,dari usia kecil lagi kanak-kanak yang berusia   6 tahun diajar membaca Al-quran....

Barisan guru Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL)




 Ini lah rumah sukan yang saya telah perjuangkan semasa saya berada di sekolah STAIL hijau tanda kedamaian


SIAP SEDIA BERJUANG.....




 
Bergambar di bawah matahari senja....... 




2008-2010 -Maktab Wan Jah (MWJ)